Monday, June 25, 2012

Novel Koleksi : Hati Kala Cinta


Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagau suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata Hareez.

Tetapi apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung sebgai sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.

"Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan aku relakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi"-Lya

No comments:

Post a Comment